My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 12 January 2017

    Portal Beli-Belah Patuh Syariah



    Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB) menjadi perintis dalam kalangan entiti koperasi di negara ini apabila memperkenalkan platform membeli-belah patuh syariah secara dalam talian, Haq- qi.com.my.

    Portal berkenaan yang dibangunkan sejak November tahun lalu mendapat permintaan menggalakkan daripada orang ramai kerana ia menawarkan pelbagai segmen produk merangkumi fesyen serta kelengkapan haji dan umrah.

    Pengerusinya Helena Hashim berkata, pihaknya optimis segmen perniagaan portal itu mampu mendominisi sumbangan sebanyak 40 peratus daripada keseluruhan perolehan KTHB dalam tempoh setahun ia beroperasi.

    Beliau berkata, jenama Haqqi turut dibangunkan dalam bentuk butik fizikal yang ketika ini baru dibuka di Shah Alam dan bakal membuka lima cawangan lain termasuk di Bangi, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Kota Bahru pada suku pertama tahun ini.

    “Perbelanjaan modal bagi membangunkan portal dan butik fizikal Haqqi ini mencecah RM1 juta dan kita tidak menolak untuk mewujudkan sistem francais pada masa depan sekiranya mendapat sambutan memberangsangkan.

    “Setakat ini, ada tujuh jenama fesyen daripada pereka tempatan dan kami menekankan setiap produk yang mahu dijual di Haqqi perlu memenuhi peraturan patuh syariah,” katanya pada majlis pelancaran portal berkenaan, kelmarin.

    KTHB mempunyai 875 ahli terdiri daripada kakitangan Kumpulan Tabung Haji dan setakat 2015, koperasi itu mencatatkan keuntungan RM398,643 dengan segmen hartanah menyumbang sebanyak 20 peratus. Antara portfolio perniagaan dijalankan KTHB ialah pengurusan bagasi dan umrah, suntikan vaksin, badal haji serta penyediaan barangan kelengkapan untuk jemaah haji.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Portal Beli-Belah Patuh Syariah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top