My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 4 March 2017

    Malaysia Bukan Negara Gagal



    Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dakwaan pihak pembangkang kononnya Malaysia merupakan sebuah negara yang gagal adalah mengarut. Perdana Menteri berkata, sekiranya Malaysia sebuah negara yang gagal pemimpin dunia termasuk Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud tidak akan memilih Malaysia sebagai destinasi pertama lawatannya ke Asia. 

    “Kalau Malaysia negara gagal, tuan-tuan ingat Raja Salman hendak datang ke Malaysia? Datang dengan kapal terbang besar ke Malaysia? Rombongan besar dan membuat perjanjian dengan Petronas untuk melabur RM31 bilion projek Rapid (Penapisan Minyak dan Petrokimia) di Pengerang,” kata Najib pada majlis perasmian Program Perumahan Rakyat Batu Sapi di sini semalam.

    Hadir sama ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; dua timbalannya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah serta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Noh Omar.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Malaysia Bukan Negara Gagal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top