My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 6 March 2017

    Aksi Harimau Malaysia Di Pyongyang Samar


    MASA semakin suntuk apabila hanya tinggal tiga minggu sahaja lagi untuk aksi Harimau Malaysia menentang Korea Utara bagi pusingan kelayakan Piala Asia 2019, namun venue perlawanan masih samar-samar sama ada di gelanggang berkecuali atau Stadium Kim Il-sung, Pyongyang pada 28 Mac ini. 

    Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada masa ini ‘buntu’ bahkan tidak dapat membuat sebarang keputusan berhubung isu venue perlawanan berkenaan selagi tidak menerima maklum balas daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

    “Hari ini (semalam) kita masih belum menerima sebarang kenyataan daripada FAM. Ketika ini, keputusan beraksi di Pyongyang masih kekal dan mengikut jadual yang ditetapkan,” kata Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul.

    Pada 3 Mac lalu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin memberitahu, jadual perlawanan di Korea Utara akan berjalan seperti dijadualkan selepas Wisma Putra mengesahkan status pasukan kebangsaan selamat bermain di Pyongyang.

    Bagaimanapun, Hamidin semalam mencetuskan persoalan apabila memaklumkan terdapat laporan terbaharu mengenai penetapan venue bagi aksi tersebut yang akan diumumkan hari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Aksi Harimau Malaysia Di Pyongyang Samar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top