My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 6 March 2017

    'Manusia' Gergasi Di Langit Zambia



    Satu bentuk menyerupai manusia yang muncul di langit di Zambia menyebabkan sebahagian penduduk yang melihatnya bertempiaran lari kerana ketakutan. Bentuk itu yang dikatakan menyerupai Dementor dalam filem Harry Potter dilihat di ruang angkasa Mukuba Mall di Kitwe. 

    Gambar yang dimuat naik di media sosial menunjukkan bentuk berkenaan lengkap dengan kepala, seperti manusia, terapung di langit dan dipercayai berukuran lebih 100 meter panjang. Bentuk hitam itu juga kelihatan seperti ia terbentuk hasil cantuman beberapa bahan di udara. Ia terawang-awang diudara lebih setengah jam.

    Sebahagian penduduk yang menyaksikannya yakin ia peringatan daripada tuhan. Seorang saksi berkata: “Kami terkejut melihat imej itu yang kelihatan seperti manusia terapung di udara. Ada yang mula berdoa tetapi ramai yang melarikan diri. Ia sungguh pelik.”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Manusia' Gergasi Di Langit Zambia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top