My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 6 March 2017

    Buruh Mengaku Pecah Rumah Jiran Dipenjara 30 Bulan



    Akibat memecah masuk rumah dan mencuri barang kemas milik jirannya, seorang buruh dipenjara 30 bulan di Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Che Humaidi Che Daud, 21, mengaku salah terhadap tuduhan. 

    Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memecah masuk rumah Habibah@Asma Abdullah Akbar, 62, dan mengambil pelbagai jenis barang kemas milik mangsa.

    Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Kampung Penambang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini antara 5 Disember 2016, jam 10 pagi dan 6 Disember 2016, jam 9 pagi. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, jika sabit kesalahan.

    Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana sudah insaf dengan kesalahan dilakukan. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Shahmeera Mustafa memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai supaya tidak mengulangi kesalahan sama.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Buruh Mengaku Pecah Rumah Jiran Dipenjara 30 Bulan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top