My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 6 March 2017

    Suami Kaki Mabuk Bunuh Isteri



    Pertengkaran sepasang suami isteri yang disyaki berpunca daripada perasaan tidak tahan dengan sikap mabuk suami berakhir tragedi apabila wanita berkenaan ditemui mati di atas tilam di bilik tidurnya di Rumah Panjang Brandah, Kampung Tanjung Rirang di sini lewat pagi semalam.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, Stephanie Philip Romeo, 28, mati dengan kesan lebam pada muka mangsa dipercayai dipukul suaminya yang berusia 36 tahun.

    Difahamkan, mereka yang sudah berkahwin sejak tiga tahun itu dan mempunyai seorang anak lelaki berumur enam bulan sering bertikam lidah kerana mangsa tidak tahan dengan perangai kaki minum suaminya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Suami Kaki Mabuk Bunuh Isteri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top