My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 3 March 2017

    Lim Kit Siang Wajar Letak Jawatan Selepas Anaknya Didakwa di Mahkamah


    Bulan Mac ini bakal menyaksikan, anak kesayangan Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang bakal berhadapan dengan siri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dalam pemilikan sebuah rumah banglo tanpa kolam renang di Jalan Pinhorn dan penyelewengan terhadap sebidang tanah di Taman Manggis.

    Perbicaraan kes berprofil tinggi ini cukup dinantikan oleh rakyat Pulau Pinang dan Malaysia secara amnya kerana ianya merupakan kes salah laku besar yang berlaku melibatkan kepimpinan tertinggi DAP. Seperti biasa, tiada sebarang pengakuan bersalah di catatkan, sama seperti ketika kes ini mula-mula dibongkarkan oleh Datuk Shabuddin Yahya, tahun lalu.

    Menariknya, sehingga kini, Lim Kit Siang cuba melindungi kes anaknya dan kadangkala, ia dilihat seperti seorang bapa yang cuba melindungi anaknya yang masih kecil. Pelbagai cara dilakukan Kit Siang termasuk cuba mengalihkan tumpuan masyarakat dari memperkatakan kes ini kepada kes-kes yang beliau yakini mampu melindungi anaknya.

    Beliau dilihat mempertahankan kedudukannya selaku Penasihat Agung DAP dan kedudukan anaknya selaku Setiausaha Agung DAP. Agak melucukan, apabila melibatkan pihak lain seperti mana yang berlaku di Johor, beliau begitu pantas meminta Datuk Seri Khaled Nordin meletakkan jawatan atas skandal rasuah yang langsung tidak ada kena mengena dengan Menteri Besar Johor berkenaan.

    Kenapa Kit Siang enggan meletakkan jawatan sedangkan anaknya kini secara terang-terangan telah didakwa di mahkamah? Bukankah itu satu tindakan double standard seorang pemimpin vateran? Adakah disebabkan yang didakwa itu anaknya maka beliau berhak mempertahankan jawatan atau mungkin sahaja beliau menganggap, DAP adalah parti warisan Dinasti Lim?

    Jika Kit Siang mempunyai intergritinya yang tersendiri, beliau sepatutnya meletakkan jawatan dan hanya menjadi ahli biasa DAP sebagai satu tanggungjawabnya sebagai orang nombor 1 DAP. Sebaliknya, beliau sanggup menggagahkan diri mengadakan jelajah hanya semata-mata mahu menyelamatkan karier dan masa depan anaknya.

    Mana mungkin pihak pendakwaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu mendakwa anaknya sesuak hati jika tidak mempunyai bukti yang sahih. Disebabkan mempunyai buktilah Lim Guan Eng kini bakal dibicarakan dan segala bukti kesalahan yang beliau lakukan, pasti akan dikemukakan di mahkamah kelak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lim Kit Siang Wajar Letak Jawatan Selepas Anaknya Didakwa di Mahkamah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top