My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 2 March 2017

    Raja Salman Tiba Di Indonesia



    Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud tiba di lapangan terbang tentera di Jakarta semalam bagi memulakan lawatan bersejarah di negara paling ramai umat Islam itu. Lawatan rasmi itu yang pertama oleh keluarga diraja Saudi sejak hampir lima dekad dan kedua-dua negara dijangka menandatangani perjanjian memerangi keganasan. 

    Indonesia yang kini diancam serangan militan Daish menempatkan sekurang-kurangnya 9,000 polis dan askar bagi memastikan keselamatan lawatan 12 hari itu. Ketibaan Raja Salman di pangkalan tentera itu disambut Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama. 

    Pegawai Indonesia berkata, Raja Salman diiringi rombongan hampir 1,500 orang. Media melaporkan, rombongan itu juga membawa 459 tan bagasi dan peralatan termasuk kereta mewah serta dua lif. 

    Sementara itu, Arab Saudi menjanjikan pembiayaan pembangunan AS$1 bilion (RM4.4 bilion) untuk Indonesia.

     Dalam satu sidang akhbar, menteri luar kedua-dua negara mengesahkan perancangan Saudi Aramco serta Pertamina Indonesia berhubung pembinaan kilang penapisan berjumlah AS$6 bilion (RM27 bilion) selain beberapa perjanjian lain termasuk komitmen Riyadh menyumbang AS$1 bilion untuk pembangunan ekonomi serta kerjasama membasmi jenayah transnasional seperti pemerdagangan manusia dan keganasan.

    Sementara itu, media tempatan melaporkan arca memaparkan wanita serta lelaki bogel ditutup sebagai tanda hormat, sama seperti ketika lawatan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Januari lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Raja Salman Tiba Di Indonesia Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top