Seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kes rompakan dan pecah rumah sempat mencium anak perempuannya berusia setahun sebelum dia dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri, di sini, petang semalam. Lelaki terbabit berusia 40-an antara lima individu ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Lutong, jam 12 tengah hari, semalam.
Menurut sumber, ketika dibawa ke Balai Polis Pusat Miri, ahli keluarga bersama anak sulungnya berada di pekarangan Balai Polis selepas menerima berita penahanan lelaki terbabit. Sumber itu berkata, selepas melihat kehadiran keluarga bersama anaknya, lelaki terbabit sebak ketika diiringi anggota polis.
“Lelaki itu kemudian merenung anaknya beberapa saat dan menciumnya sebelum dibawa anggota polis ke lokap,” katanya.
Katanya, lelaki itu bersama rakan dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya tiga kes pecah rumah dan rompakan di Miri dan Bintulu,” katanya. Katanya, hasil risikan polis dan maklumat awam, kumpulan terbabit dikesan di sebuah rumah sewa, di Lutong.
“Semua mereka ditahan untuk siasatan,” katanya Difahamkan, lelaki terbabit yang menetap di Kampung Lusut dua minggu tidak pulang ke rumah selepas menyedari dirinya diburu polis.
0 comments:
Post a Comment