• PANAS

    Wednesday, 1 March 2017

    2 Wanita Berdepan Hukuman Mati



    Dua wanita yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un akan didakwa atas tuduhan membunuh di Mahkamah Majistret Sepang di sini hari ini. 

    Kedua-dua wanita itu, Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam dan Siti Aisyah, 25, yang merupakan warga Indonesia sebelum ini direman selama 14 hari bagi membantu siasatan bermula 16 Februari lalu sebelum tempoh reman ke atas mereka berakhir hari ini.

    Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan pihaknya telah mene­rima kertas siasatan berhubung kes berprofil tinggi itu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.

     "Ya, kertas siasatan kes ini telah diterima dan kami akan meneliti kandungan faktanya. Kedua-dua wanita itu akan didakwa di mahkamah esok (hari ini) mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh,” kata beliau ketika dihubungi semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 2 Wanita Berdepan Hukuman Mati Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top