My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 1 March 2017

    220 Saksi Rasuah Jabatan Air Sabah



    Seramai 220 saksi dijangka memberi keterangan dalam perbicaraan kes bekas Pengarah Jabatan Air Sabah (JAS), isteri dan seorang lagi penjawat awam di Mahkamah Sesyen di sini yang menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM61.48 juta. 

    Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Husmaruddin Hussin memberitahu Hakim Abu Bakar Manat pada sebutan semula kes itu semalam, terdapat kemungkinan tidak semua saksi dipanggil memberi keterangan.

    Beliau juga berkata, pihak pendakwaan telah menyerahkan kepada pihak pembelaan dokumen berkaitan dalam bentuk cakera padat (CD) dan menjemput peguam bela tertuduh untuk hadir ke pejabat SPRM Sabah sekiranya mereka mahu memeriksa dokumen asal.

    Peguam PJ Pereira dan Baldev Singh membuat permohonan untuk meneliti dokumen berkenaan di pejabat SPRM, dua bulan sebelum perbicaraan bermula. Mahkamah kemudian me­netapkan perbicaraan bermula 4 Julai hingga 28 Julai dan dari 8 Ogos hingga 25 Ogos.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 220 Saksi Rasuah Jabatan Air Sabah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top