My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 1 March 2017

    Anak Mati Akibat Terlepas



    Dua beradik maut selepas terjatuh dari tingkat empat di sebuah pusat beli-belah di China selepas ayah mereka yang mendukungnya terlepas pelukannya. Dalam kejadian di Tianjin itu, bapa terbabit dilaporkan mendukung dua anaknya berhampiran penghadang kaca di tingkat empat bangunan berkenaan. 

    Malangnya disebabkan pegangannya tidak cukup kuat, dia akhirnya terlepas mereka berdua menyebabkan dua beradik itu terjatuh ke aras bawah dan terbunuh serta-merta.

    Ketika itu, lelaki terbabit dilaporkan cuba menjenguk ke bawah untuk mencari isterinya, tetapi hilang imbangan badan menyebabkan dia terlepas anak sulungnya. Anak kedua terlepas ketika dia cuba mencapai mangsa pertama.

    Butiran lanjut kejadian tidak diketahui, tetapi seorang pengguna Weibo mengingatkan pengguna Internet lain supaya tidak mengecam bapa berkenaan kerana tragedi itu sudah cukup perit bagi lelaki terbabit.

    Kejadian serupa berlaku di sebuah pusat beli-belah di Shanghai, November tahun lalu apabila seorang nenek hilang imbangan ketika menggunakan eskalator dan terlepas bayi dipeluknya. Bayi berusia empat bulan itu jatuh tiga tingkat ke aras bawah dan mati serta-merta.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Anak Mati Akibat Terlepas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top