My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 3 March 2017

    Banjir : Beberapa Kawasan Di Marudi Terputus Hubungan


    Semua agensi dan jabatan yang terbabit dalam Op Banjir kini dalam fasa menghantar bekalan kepada penghuni rumah panjang yang terjejas memandangkan kebanyakan mangsa tidak dapat keluar dari kampung masing-masing. 

    Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, setakat ini, 465 pek makanan diagihkan kepada penghuni rumah panjang di beberapa kawasan di Marudi menggunakan bot ekspres.

    Menurutnya, antara kawasan yang terjejas adalah di Benawa, Linei Bukit, Rumah Panjang Jipun dan Rumah Panjang Mugang. “Semua penghuni terputus hubungan apabila kawasan berkenaan dinaiki air dan menjejaskan mereka mendapatkan makanan,” katanya.

    Katanya, kawasan lain terutama di kawasan pedalaman di Baram antaranya Long Sobeng Long Atong setakat ini juga masih terjejas. Menurutnya, bekalan makanan dihantar menerusi bantuan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri ke kawasan berkenaan.

    Mengulas mengenai banjir di bahagian lain di Sarawak antaranya Bintulu, Mukah dan Sarikei, Ismail berkata, banjir semakin surut dan tiada pemindahan dilakukan kerana penghuni mahu terus berada di rumah masing-masing.

    Kerja pengagihan bantuan di kawasan pedalaman Sarawak mencabar berikutan faktor geografi, selain tidak mempunyai liputan komunikasi. Dalam perkembangan lain, sehingga semalam, 16 sekolah masing-masing di Baram, Limbang, Sebauh, Sarikei, Mukah dan Sibu membabitkan 1,067 murid masih lagi ditutup daripada sebarang aktiviti.

    Katanya, penutupan itu masih diteruskan selepas penilaian Pejabat Pendidikan Daerah mendapati sekolah berkenaan masih dalam keadaan tidak selamat sekiranya aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) diteruskan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Banjir : Beberapa Kawasan Di Marudi Terputus Hubungan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top