My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 3 March 2017

    Kakitangan JPN Dijel 156 Tahun



    Perbuatan seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri ini me­nukar status kewarganegaraan 22 warga Sulu memakan diri apabila dia dihukum penjara 156 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam. 

    Hakim Ahmad Sazali Omar membuat keputusan itu selepas tertuduh, Ahmad Zakri Raman, 31, mengaku bersalah terhadap 32 pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

    Bagi pertuduhan pertama hingga ke-17, pembantu pendaftaran Gred KP17 itu didakwa secara langsung menerima RM4,000 setiap seorang daripada 22 individu warga Sulu sebagai suapan untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada mereka dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM88,000.

    Bagi kesalahan itu, Ahmad Zakri didakwa mengikut Seksyen 161 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau ke­dua-duanya sekali jika didapati bersalah. 

    Mengikut pertuduhan ke-18 hingga ke-32 dia didakwa menggodam sistem informasi rekod penduduk negara (Siren) dengan mengubah status warganegara 22 individu sama dengan menggunakan kata laluan empat kakitangan jabatan berkenaan.

    Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya sekali. Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan antara Mac 2014 hingga November lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kakitangan JPN Dijel 156 Tahun Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top