• PANAS

    Friday, 3 March 2017

    Raja Salman Bawa Sofa, Televisyen Ke Bali


    Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dilaporkan membawa beberapa barangan peribadi termasuk sofa dan televisyen 80 inci ketika bercuti di pulau Bali. Raja Salman yang tiba di Jakarta kelmarin bersama 1,500 anggota rombongan dalam rangka lawatan ke Asia dijadual bercuti di Bali bermula esok hingga 9 Mac ini. 

    Media melaporkan, rombongan itu juga membawa 459 tan bagasi dan peralatan termasuk kereta mewah serta eskalator peribadi. Kompas.com melaporkan, Raja Salman turut membawa set sofa dan televisyen 80 inci untuk diletakkan di bilik hotel yang bakal didudukinya di Bali.

    “Eskalator peribadi dan kereta mewah sudah tiba di Bali. Kami dimaklumkan Raja Salman turut membawa set sofa yang bernilai AS$1.27 juta (RM5.65 juta) dan televisyen 80 inci,” kata pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Indonesia, Ketut Ardana.

    Kerajaan Arab Saudi dilaporkan menyewa 45 trak untuk mengangkut bagasi termasuk peralatan peribadi Raja Salman bagi kegunaannya di Bali. Sementara itu, dalam ucapan di Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia semalam, Raja Salman menyeru umat Islam bersatu menentang keganasan. 

    “Cabaran yang kita hadapi kini, terutama umat Islam adalah keganasan. Kita perlu bersatu dalam menentang keganasan, radikalisme dan berusaha untuk keamanan dunia bagi kebaikan kita semua,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Raja Salman Bawa Sofa, Televisyen Ke Bali Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top