Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin membe–ritahu, jadual perlawanan yang menemukan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee menentang Korea Utara dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 Kumpulan B di Stadium Kim Il-sung pada 28 Mac ini akan berjalan seperti dijadualkan.

“Memang FAM ada membuat permohonan untuk bermain di gelanggang berkecuali bertemu Korea Utara kepada AFC tetapi Wisma Putra telah mengesahkan bahawa pasukan kebangsaan boleh bermain di sana.
“Hari ini (semalam) FAM menerima surat daripada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengatakan selamat untuk pasukan kebangsaan beraksi di Pyongyang.
"Bagaimanapun, kerajaan akan memaklumkan jika ada sebarang perubahan berlaku kepada FAM. Jadi, jadual perlawanan pasukan kebangsaan berjalan seperti biasa dan kita akan berlepas ke Filipina terlebih dahulu untuk perlawanan persahabatan seminggu awal sebelum berlepas ke Korea Utara menerusi China,” katanya ketika dihubungi media semalam.
Media sebelum ini melaporkan, ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara bermula ekoran kes pembunuhan Kim Jong-nam yang dipercayai abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

Dalam perkembangan sama, Hamidin berharap barisan pemain Harimau Malaysia memberikan fokus penuh kepada pertemuan Korea Utara dalam misi melakarkan kejutan untuk layak ke Piala Asia 2019 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) nanti.
0 comments:
Post a Comment