My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 3 March 2017

    Kecik Diberi Tempoh Hukuman



    Anggota Hyper Act, Toi menafikan dakwaan penyanyi mereka, Kecik sudah disingkirkan daripada kumpulan itu. Bagaimanapun, Toi yang juga pemain bass kumpulan itu tidak menafikan Kecik memang berdepan masalah dengan pengurusan mereka iaitu Hype Beat Sdn Bhd ketika ini. 

    “Kami tidak pernah keluarkan kenyataan menyuruh dia keluar daripada Hyper Act. Sebaliknya, kami cuma memberikan tempoh hukuman kepadanya kerana dia seperti hilang fokus sejak kebelakangan ini.

    “Kami tiada masalah dengannya dan dia masih boleh buat persembahan bersama kami. Cuma kami menurut arahan pengurusan untuk menggantikan dia dalam mana-mana persembahan buat masa ini,” katanya.

    Sementara itu, Kecik atau nama sebenarnya Mohamad Fauzi Kamarudin ketika dihubungi mengakui kerjayanya terbantut kerana tidak dilepaskan secara rasmi oleh pengurusan Hype Beat. Kecik berkata, dia merayu supaya kontraknya ditamatkan secara rasmi dan memohon pihak pengurusan itu datang berjumpanya.

    “Sekarang ini saya tidak boleh mengambil tawaran mana-mana syarikat rakaman lain tidak boleh keluarkan single selagi penamatan kontrak saya tiada hitam putih,” katanya.

    Kecik berkata, dia cuba mengatur pertemuan dengan pihak pengurusan terbabit bagi menyelesaikan isu kontrak, namun mereka tidak mahu berjumpa. “Saya sudah meminta bantuan daripada Seniman untuk menyelesaikan kemelut itu. Kalau boleh, saya tidak mahu membesarkan isu berkenaan sampai ke mahkamah,” katanya.

    Kecik memuat naik kenyataan di Instagram bahawa dia sudah dibuang daripada Hyper Act. Bagaimanapun, statusnya digantung tidak bertali kerana surat penamatan kontrak tidak diberikan kepadanya secara rasmi. Disember lalu, dia mengumumkan meninggalkan kumpulan itu selepas mencapai kata persetujuan dengan ahli band.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kecik Diberi Tempoh Hukuman Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top