My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 3 March 2017

    Sasar 2,000 Unit Sebulan


    Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) menyasarkan jualan 2,000 unit model Honda City baru setiap bulan, seterusnya menepati sasaran jualan 100,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini. 

    Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HMSB, Katsuto Hayashi berkata, model berkenaan antara model segmen B terlaris Honda dan pengenalan varian terbaru itu dijangka mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran. “Sepanjang dua bulan pertama tahun ini, Honda menguasai 19.2 peratus pasaran kenderaan di negara ini.

    “Angka ini yang tertinggi bukan sahaja di negara ini, malah merangkumi keseluruhan pasaran Honda secara global,” katanya pada Majlis Pelancaran Honda City baru di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini, semalam.

    Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi HMSB, Roslan Abdullah. Hayashi berkata, pihaknya kini berada di landasan tepat dalam usaha mencapai sasaran jualan 100,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini. Menurutnya, Honda City baru menerima beberapa penambahbaikan tanpa sebarang peningkatan harga.

    “Harga bagi varian E dan V masih kekal sama manakala varian S pula berkurangan RM1,000 berbanding varian sama sebelumnya. Saya yakin tiga varian ini mampu menarik minat pembeli yang mahukan sebuah kereta yang sporty, selesa dan menjimatkan minyak,” katanya.

    Terdahulu, Honda City baru generasi keempat itu mengekalkan enjin Honda 1.5L SOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi automatik CVT. Beberapa ciri luaran diberi nafas baru terutama varian V apabila pelbagai ciri terkini diperkenalkan antaranya lampu depan, lampu kabus dan lampu nyalaan siang (DRL) LED.

    Perumah lampu belakang turut menerima sentuhan sama apabila didatangkan dengan padanan lampu LED. Ruang dalaman didatangkan dengan tempat duduk kulit dan lapan unit pembesar suara selain pedal penukar gear (paddle shift) dan kawalan jelajah (cruise control) meningkatkan lagi keseronokan pemanduan.

    Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) adalah ciri keselamatan standard manakala sistem kemasukan pintar dengan butang penghidup enjin, cermin sisi boleh lipat automatik dan rim aloi dua tona boleh didapati dalam semua varian. Ia dijual pada harga RM78,300 bagi varian S, RM84,600 (E) dan RM92,000 untuk varian V.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sasar 2,000 Unit Sebulan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top