My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 1 March 2017

    CIMB Sasar 8% Pertumbuhan Pembiayaan



    CIMB Group Holdings Berhad (CIMB Group) menjangkakan prestasi pertumbuhan pembiayaan kumpulannya sekitar tujuh hingga lapan peratus tahun ini berbanding 8.7 peratus dicatatkan tahun lalu berikutan faktor ketidakstabilan pertukaran mata wang asing. 

    Tahun lalu, pembiayaan kumpulan itu mencatatkan RM320.5 bilion berbanding RM294.8 bilion pada tahun sebelumnya dengan pemborongan menjadi penyumbang utama RM117.5 bilion berbanding RM107.1 bilion pada 2015.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, pertumbuhan pembiayaan yang perlahan itu turut didorong ketidaktentuan pertukaran mata wang asing di Indonesia dan Thailand.

    Beliau berkata, kumpulan itu menjangkakan prestasi ringgit stabil tahun ini bagi membantu meningkatkan pertumbuhan pembiayaan kerana ketidaktentuan pertukaran mata wang asing dalam pasaran akan memberi kesan.

    Kumpulan juga berhasrat mengurangkan nisbah kos-kepada-pendapatan kepada 50 peratus menjelang 2018. Tahun ini, ia disasarkan di bawah 53 peratus berbanding 53.9 peratus pada 2016.

    “Selain itu, kami juga tidak mempunyai perancangan untuk menutup mana-mana cawangan operasi tahun ini tetapi tidak menolak ia dilaksanakan di pasaran operasi yang lain,” katanya pada taklimat media di sini, semalam. CIMB Group mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai RM4.88 bilion daripada RM3.91 bilion dalam tempoh sama pada 2015.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: CIMB Sasar 8% Pertumbuhan Pembiayaan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top