My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 1 March 2017

    Sudut Pengumpul DIY


    Kurang idea untuk susun barangan anda suka dalam ruang sendiri? Mungkin tidak banyak tip dikongsi perihal bagaimana cara menghias rumah stail trendy cita rasa remaja. Kebanyakan yang ada khas untuk dekorasi eksklusif, ciri Nusantara atau lainnya. 

    Untuk artikel kali ini, penulis bahagikan beberapa sudut berbeza yang boleh anda eksperimentasi bersama barangan koleksi.

    GILA FIGURA 

    Sama ada yang berumur belasan tahun hingga hujung 20-an pasti ada yang gilakan figura. Untuk jejaka, pasti figura adiwira, lego, alien atau karakter filem yang disukai menjadi pilihan. Bagi si gadis, teddybear bahkan ada yang masih menyimpan koleksi lama dikumpul sejak kecil. Untuk menyusun figura di ruang tamu mungkinlah idea ditentang jika anda tinggal bersama keluarga.

    Sekiranya ada ruang sendiri maksimumkan kreativiti anda. Lihat saja gambar di sini, mungkin terdetik idea untuk anda mengubah ruang tamu menjadi lebih beraneka. Bagi Shaiful Affendy, 30, minatnya terhadap ‘Hotwheels’ membuatkan dia menyediakan satu sudut khas untuk koleksinya itu. 

    “Minat setiap orang berbeza. Untuk saya sendiri disebabkan saiz ‘Hotwheels’ kecil dan ada yang dibeli di luar negara, saya tempatkan di satu ruang khas. Saya jadikan ia dekorasi tambahan dalam rumah sendiri,” katanya.

    ‘HANTU’ KASUT'

    Bagi pengumpul kasut, ruang tersendiri perlu ada kerana aksesori ini sudah dianggap seperti harta. Apatah lagi jika kasut yang dimiliki bernilai tinggi atau keluaran terhad, pasti anda mahu ia berada di tempat istimewa. Bilik kecil tidak menjadi halangan untuk anda ubah gaya dalaman. Susun saja kotak mengikut warna atau pelbagaikan gaya dengan buku untuk menaikkan suasana ‘indie’ dan santai. 

    ULAT BUKU 

    Komik, buku ilmiah, buku masakan atau apa saja bahan bacaan boleh anda jadikannya sebagai elemen tambahan dalam ruang. Rak buku sebagai perantara bahagian dalam rumah antara idea terbaik untuk mempamerkan identiti tersendiri.

    Atau lekat rak ringkas di dinding dan susun buku mengikut warna untuk menampakkannya lebih tersusun dan minimal. Selain itu, dekorasi ini juga secara tak langsung menyerlahkan identiti anda sebagai remaja yang bukan cuma gila-gila tapi juga berpengetahuan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sudut Pengumpul DIY Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top