My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 1 March 2017

    Hinanya PAS Dan Sucinya DAP Pada Mata Mahathir



    Ramai yang sukar untuk melupakan bagaimana perseteruan yang tercetus antara pemimpin PAS dahulu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Lihat sahaja bagaimana Allahyarham Datuk Ustaz Fadzil Nor mendoakan supaya usia Mahathir dilanjutkan supaya beliau menyaksikan sendiri kehancuran yang beliau cipta.

    Jika dahulu PAS dan DAP kerap kali dijadikan bahan hentaman politik oleh Mahathir namun hari ini, sebaik sahaja Mahathir menyertai Pakatan Harapan, bagi beliau, DAP lah segala-galanya. Bagi beliau, DAP jauh lebih suci dan baik dari apa yang cara politik yang diamalkan oleh PAS dari dahulu sehingga kini.

    Malah, Mahathir tidak teragak-agak menggelarkan PAS sama seperti parti komunis yang beliau sifatkan sebagai parti jumud dan ketinggalan zaman. Sebaliknya, apabila berbicara tentang DAP, beliau pantas memuji parti berkenaan sebagai parti multirasional, berintergriti dan jauh lebih bermaruah berbanding PAS.

    Hebatnya Mahathir hari ini. Umum mengetahui PAS dianggotai oleh umat Islam yang majoritinya adalah kaum Melayu. Jika Mahathir mendakwa PAS sedemikian rupa, ini bermakna, Mahathir juga menuduh ahli PAS sebagai ahli komunis. Mungkin perseteruan panjang Mahathir dan PAS lah yang telah menyebabkan Mahathir lupa bahawa DAP lah yang banyak menimbulkan keresahan kaum di Malaysia selama ini.

    Mungkin juga Mahathir terlupa bagaimana beliau memenjarakan Lim Kit Siang sebanyak dua kali dan tindakan yang sama turut diambil terhadap Lim Guan Eng. Menurut Guan Eng, mereka tidak pernah melupakan "jasa Mahathir" yang telah meletakkan diri mereka sebagai seorang bekas banduan. Namun kini, Mahathir mendakwa, DAP sebagai parti yang jauh lebih suci berbanding PAS.

    Mudah untuk disimpulkan bahawa, kemarahan Mahathir terhadap PAS ini sudah terlalu lama. Mungkin Mahathir masih gagal menerima hakikat bahawa Kelantan masih dimiliki PAS dan PAS kekal bertahan sehingga kini disebalik ramalan Mahathir yang mendakwa, PAS tidak akan mampu bertahan apabila memasuki alaf 21.

    Kelancangan Mahathir juga mudah difahami apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak sebarang kerjasama antara parti itu dengan mana-mana parti yang ada hubungan dengan DAP. Atas sebab inilah, Mahathir cuba menggunakan helah lapuknya apabila melabelkan PAS sebagai parti berteraskan amalan komunisme. Inilah belang Mahathir terhadap PAS daru dahulu sehingga kini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hinanya PAS Dan Sucinya DAP Pada Mata Mahathir Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top