My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 1 March 2017

    Tiada Titik Nokhtah Usaha SPAD Memajukan Sistem Rel Malaysia



    Di negara ini, kita sewajarnya berasa beruntung kerana kerajaan begitu prihatin terhadap tuntutan sistem pengankutan awam yang efisyen dan berkualiti. Atas sebab inilah, kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat Malaysia (SPAD) bagi memantau dan memastikan mutu perkhidmatan awam di negar aini berada pada tahap terbaik.

    Hari demi hari, industri pengangkutan awam negara terutamanya pengangkutan rel, semakin menampakkan perkembangan pesat. Boleh dikatakan, ada sahaja pembangunan baru projek seperti MRT fasa 1 dan 2, HSR, LRT, ETS dan pelbagai usaha lagi.

    Terbaru, SPAD dalam rangka menyiapkan Projek Menaiktaraf Landasan Keretapi Lembah Klang (KVDT) fasa 1 antara stesyen Rawang hingga Salak Selatan. Projek ini melibatkan kerja-kerja pemulihan sepanjang 42Kilometer antara Rawang - Salak Selatan dan Sentul - Simpang Batu termasuk kerja menaiktaraf 16 Stesen, isyarat dan sistem bekalan elektrik landasan berkembar di Lembah Klang.

    Projek ini telah bermula dari 2 November 2015 dan dijangka siap sepenuhnya pada 1 November 2019. Setelah siap kelak, dijangkakan ianya mampu meningkatkan jumlah penumpang tren bagi sektor ini sebanyak 5 peratus. Ketika ini, seramai lebih 100 ribu orang penumpang menggunakan perkhidmatan tren ini setiap hari.

    Untuk projek ini, kerajaan telah melaburkan sebanyak RM 1.4 billion untuk untuk membangunkan projek ini sepanjang 42 Kilometer.

    Sabtu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Menaiktaraf Landasan Keretapi Lembah Klang (KVDT) untuk Fasa 1 Rawang - Kuang. Ketika diminta mengulas berkenaan perkembangan projek ini, beliau berkata projek itu membabitkan kerja-kerja naiktaraf 16 stesen KTM, sistem isyarat, elektrik dan pemasangan sistem radio metra.

    Beliau berkata setakat ini, projek sudah mencapai 28% dan beliau mengakui ada sedikit kelewatan disebabkan beberapa faktor tetapi menjangkakan kontraktor yang dilantik Dayamaju Infrastructure Asia Sdn Bhd (DMIA) akan menyiapkan projek mengikut jadual.

    Lihatlah betapa bersungguhnya kerajaan dan pihak SPAD untuk memastikan sistem pengangkutan rel negara berada pada tahap terbaik sesuai dengan hasrat negara untuk menjadi negara maju pada tahun 2020. Apabila siap kelak, ianya boleh dianggap setara dengan sistem rel yang ada di Korea Selatan, Jepun mahupun China dan ianya diharap dapat menambahkan lagi efisyensi sistem ini pada orang ramai.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiada Titik Nokhtah Usaha SPAD Memajukan Sistem Rel Malaysia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top