My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 2 March 2017

    Jins Shamsuddin Meninggal Dunia



    Seniman veteran, Tan Sri Jins Shamsuddin (gambar kecil), 81, disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati, di sini dipercayai akibat sesak nafas selepas tercekik kuih ketika minum petang di rumahnya pada pukul 5.45 petang semalam. 

    Menurut isteri beliau, Puan Sri Halijah Abdullah, 56, sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir beliau sempat menjamah beberapa ulas cekodok sebagai santapan terakhir sebelum dikejarkan ke klinik.

    “Memang menjadi rutinnya menikmati minum petang pada setiap hari. Tapi kali ini saya berasa terkilan ketika menyediakan cekodok kepada beliau hari ini (semalam).

    “Tidak sangka apabila menikmati makanan kegemarannya itu pada suapan keempat, beliau tercekik dan saya berusaha untuk mengeluarkan semula sisa makanan yang berada dalam mulutnya dengan menepuk belakangnya,” katanya ketika ditemui media di sini semalam.

    Sementara itu, pengarah dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam menyifatkan pemergian Jins yang dianggap seperti abang dalam industri perfileman itu sebagai kehilangan besar dunia seni tanah air. 

    “Masih segar dalam ingatan, beliau merupakan antara pelakon yang menyokong pertubuhan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) ketika diperkenalkan pada 1981.

    “Jins turut menyokong skim wajib tayang yang diperkenalkan sekitar tahun 2007 bagi karya-karya yang dihasilkan oleh penerbit filem tempatan. Banyak jasa beliau pada industri perfileman negara,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jins Shamsuddin Meninggal Dunia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top